Iklan

Jumaat, 10 Mei 2013

Berkongsi Rezeki

Berkongsi Rezeki

Menggali
dan mencari
Membeli terus
memberi
Biar tulus
jangan di ungkiti
Ingat janji
yang pasti
sepuluh balasan
sekali memberi
Yang Maha Kaya
telah berjanji
Seeloknya kanan memberi
kiri tidak ketahui
Rezeki kita 
bukan kita punya sendiri
Tapi harus dikongsi.....

Selasa, 7 Mei 2013

Sang Empunya Hati

Sang Empunya Hati

Sesaat pernah terfikir
Terawang-awang
Fikiran selalu melayang
Kekadang akan berasa hairan
Lain diilham
Lain pula di lubuk sanubari
Meronta hati
Hanya sabar dan tawakal
Yang terbaik pasti terjadi
Kerana Dia Maha Mengetahui
Sabarlah diri
Tenanglah hati
Selagi hidup senantiasa diuji
Sabarlah emak dan ayah diri
Anakanda mohon ampun
Hujung rambut hingga
Hujung kaki



6.5.13
Keretapi Tanah Melayu
0045am

Cahaya Siang

Cahaya Siang

Resahnya Malam
Menanti Siang
Siang Di Idam
Cerah Menjelang
Cahayanya Indah
Terang Benderang
Apa Guna Cahaya Siang
Kerana Diri Asyik Berdendang



6.5.13
Keretapi Tanah Melayu
0040am

Jumaat, 12 April 2013

Silam Yang Mendatang

Silam Yang  Mendatang


Seketika Duduk Termenung
Mengenang Silam Ketika Detik
Diri Di Muka Nyata

Seketika Terbayang
Kisah Lama Berbagai  Gaya
Berbagai Wajah Berbagai Rupa

Sejenak Duduk Merenung
Menatap Tajam Masa Mendatang
Ketika Diri Masih Di Muka Nyata
Tiada Yang Pasti Perkhabarannya

Silam Tetap Menjadi Kenangan
Silam Menjadi Rujukan

Mencorak Yang Mendatang
Untuk Mencipta Silam
Diabadikan Sebagai Kenang-Kenangan


11/4/2013
1045am

Ahad, 10 Mac 2013

Mudah

Mudah...
Mudah berbicara dari Melaksana
Mudah berkata dari mencari Benarnya
Seronok berbual bagi mereka
Mudah...
Telunjuk menunjuk
Tuju tohmah tanpa ramah
Menghukum walaupun bukan kerjanya
Walau sedar satu tunjuk, diri sendiri empat terarah
Mudah...
Meneka dan terus meneka
Tanpa mahu usaha mencari usulnya
Tetap meneka walau ditegah
Akhirnya padah pasti menyinggah
Mudah ...
Menulis apa sahaja
Ketepi semuanya 
Ikut rasa pasti akan binasa
Natijah tentu akan menjengah
Serah pada Yang Maha Esa
Kerana Dia Maha Segalanya

Ahad, 22 Mei 2011

Patah Sayap






Patah Sayap

Terserempak , di satu petang yang damai sekawan beburung terbang, melingkari awan, bebas berterbangan bebas fikiran. Berbagai cara berbagai rupa. Cantik dengan warna- warninya, semakin asyik semakin tinggi melayang mendepang lebar sayap hingga sehujung dunia. Semakin lama semakin lupa. Nun diufuk sana terbangnya makin longlai tiada daya. Tersungkur dari terbang, pudar warna- warninya. Sayang, patah sayapnya tak mampu lagi untuk menakluk awan. Dituliskan akan hadir satu insan mendekati si patah sayap yang takkan mampu untuk terbang. Cuba dipegang, ia menjauhkan diri, tapi tetap tidak mampu melonjak terbang. Akhirnya, akur kerana itu nasib untuknya. Diampu dan di topang sayap.  Sekian lama sekian pulih ia. Bila sampai masa ranum ia baiklah segala. Dilebar semula sayap dan kini kembali terbang kerana itu takdirnya. Dan ia semakin sedar walau setinggi mana ia terbang ia pasti kebawah mencari makan....

Jumaat, 29 April 2011

Riuh dan sunyi

Pandang tanpa melihat
membiar laku tanpa nasihat
bila si tupai mula memanjat
sekampung bising mencaci mengumpat
satu telunjuk ke arah sana
empat lagi ke arah kita
Dengar biarlah mendengar
bukan tuli di cuping dibiar
jangan bercakap tapi biarlah berbicara
kerana lembu dipegang pada talinya
asyik bertanam tebu dibibir saja
riang gembira diulit ringgit
akhirnya si kacang lupakan kulit
jadilah padi tunduk bila berisi
jangan asyik berhidung tinggi
kerana setiap hari kita diuji...