Iklan

Ahad, 22 Mei 2011

Patah Sayap






Patah Sayap

Terserempak , di satu petang yang damai sekawan beburung terbang, melingkari awan, bebas berterbangan bebas fikiran. Berbagai cara berbagai rupa. Cantik dengan warna- warninya, semakin asyik semakin tinggi melayang mendepang lebar sayap hingga sehujung dunia. Semakin lama semakin lupa. Nun diufuk sana terbangnya makin longlai tiada daya. Tersungkur dari terbang, pudar warna- warninya. Sayang, patah sayapnya tak mampu lagi untuk menakluk awan. Dituliskan akan hadir satu insan mendekati si patah sayap yang takkan mampu untuk terbang. Cuba dipegang, ia menjauhkan diri, tapi tetap tidak mampu melonjak terbang. Akhirnya, akur kerana itu nasib untuknya. Diampu dan di topang sayap.  Sekian lama sekian pulih ia. Bila sampai masa ranum ia baiklah segala. Dilebar semula sayap dan kini kembali terbang kerana itu takdirnya. Dan ia semakin sedar walau setinggi mana ia terbang ia pasti kebawah mencari makan....

Jumaat, 29 April 2011

Riuh dan sunyi

Pandang tanpa melihat
membiar laku tanpa nasihat
bila si tupai mula memanjat
sekampung bising mencaci mengumpat
satu telunjuk ke arah sana
empat lagi ke arah kita
Dengar biarlah mendengar
bukan tuli di cuping dibiar
jangan bercakap tapi biarlah berbicara
kerana lembu dipegang pada talinya
asyik bertanam tebu dibibir saja
riang gembira diulit ringgit
akhirnya si kacang lupakan kulit
jadilah padi tunduk bila berisi
jangan asyik berhidung tinggi
kerana setiap hari kita diuji...

Khamis, 28 April 2011

Akal Sejagat

Bumi bergegar
Ranap pembangunan
Musnah kehebatan
Sejagat  meratapi
Semua kesengsaraan
Segala musibah
Sejagat mula membangunkan
Bagaimana untuk elak sedemikian
Ombak beralun
Pesisir menyurut
Bila kembali bertaut
Ombak mula bergulung
Melambung megah tinggi melangit
Menghempas kuat
Menempuh rakus dan ganas
Merempuh yang menghalang
Hanyut segala kebijaksanaan
Hangus semua angan
Sejagat masih meratap
Hiba dengan kehilangan
Pilu dengan kepiluan
Sejagat terus membangunkan
Bagaimana untuk elak sedemikian
Bencana dikaji kejadian alam
Segelintir mempersoalkan
Apakah ia satu pesanan
Peringatan
Musnah disebabkan oleh tangan-tangan
Mungkinkah sedar akal
Atau ego sejagat semakin menegak
Menjulang bijak
Lupa tentang 
Yang Maha Bijak... 

Jumaat, 11 Februari 2011

aku yang rasa

Lantak apa orang nak kata
aku yang duduk 
aku yang rasa
liat dan banyak ragam manusia
semua aku kena ambil kira
aku yang duduk 
aku yang rasa
ramai yang suka kutuk 
dari yang nak bersama
fikirkan bagaimana nak tangani isu semasa
lebih senang cakap lebih mudah borak
jom lepak ada benda nak borak
engkau tak duduk engkau tak rasa
asyik berada pada tahap silam
orang dah berganjak engkau masih bertapak
sekarang zaman siber bukan zaman purba
semua dah buka mata
melihat dunia 
apa kau buat kau harus terima
jangan berani bila ramai saja
minda kita gunakan sebijaknya
mereka bukan binatang yang boleh sia
banyak cara boleh guna
kekerasan bukanlah jalannya


Rabu, 9 Februari 2011

Selagi Ada

Selagi ada nikmat Mu
selagi ada rahmat Mu
dan selagi ada restu Mu
kita di anugerah mata
tapi kita buta dalam melihat
kita di anugerah telinga
tapi kita tuli dalam mendengar
kita di anugerah suara
tapi kita lantang memperkata
kita di anugerah rasa
tapi kita merasa yang tidak sepatutnya
kita di anugerah tangan
tapi kita tidak tahu gunanya
kita di anugerah kaki
tapi kita selalu tersasar langkah
kita di anugerah harta
tapi kita leka dengannya
kita di anugerah kedana
tapi kita tak pernah syukur seadanya
kerana kita adalah manusia
kita selalu lupa..
kita adalah hamba-Nya
selamanya......



Ahad, 6 Februari 2011

jalan mana





Tiada dayaku
entah dimana keringatku
jalan mana harus ku lalu
mampukah aku 
teluskah aku
meniti gelombang anjak
berganjak ke arah terang
lagi mendamaikan
senipis kulit bawang
mampukah aku
lalui 
kekadang datang rasa lemah
jejarang datang semangat
haruskah aku
bertahanlah hendaknya aku
supaya menjadi ketua
kepada diri sendiri
dalam memperbaiki 
peribadi...

Selasa, 1 Februari 2011

hilang nya seorang sahabat

siapa sangka
siapa duga
tiba-tiba pergi
pergi yang tak akan
kembali
cuma akan kembali 
bila saatnya nanti
saat semua dibangkitkan
masih terasa gurau senda
masih terngiang ditelinga
kata dan gelak tawa
masih segar waktu dan tika
kenangan bersama
moga dikau dicucuri rahmat
oleh-Nya

al-fatihah untuk arwah Rosideen


Sabtu, 29 Januari 2011

california girl (heavy metal version) katy perry





pudar





kemana hilang
tatasusila ketimuran
kemana lesap
santun kemelayuan
bila riang jiwa
gembira raga
seronok dipuja
ghaib lah semua
dimana silap
adat kita
atau kita telah lupa
siapakah kita
kerana berasa diri
sangat sempurna
ditepi didepan
dikiri dikanan
semua cela
apa memang sudah hebatkah kita

Rabu, 26 Januari 2011

mana manusia jiwanya..






mencair dan meleleh
mengalir di cuping telinga
manusia sudah tiada
rasa kemanusiaan
bayi di buang
anak didera
bayi di tikam
anak ditendang
panas dan terbakar
tiada daya
menghalang 
serahkan pada timbang tara
perundangan dunia
melunaskan tiap perkara
yang salah dilakukannya
moga mereka dan juga kita
diberi hidayah
menghargai anugerah dan nikmat
yang diberi oleh-Nya

Ahad, 23 Januari 2011

Penyayang ke saya?






Penyayang ke saya?
bila awak nak makan, saya suapkan
bila nak tidur, saya dodoikan
bila nak mandi, saya sabunkan
bila letih, saya urutkan
bila penat, saya picitkan
bila nak jalan, saya tatihkan
bila sedih, saya ceriakan
bila nak berdiri, saya bangunkan
bila cerita, saya dengarkan
bila nak nyanyi, saya tepuk tangan
bila nak lepas geram, saya biarkan
bila nak mencubit, saya kata saya kuat kan
bila nak tampar badan, pun saya kuat kan
bila nak tumbuk dada, saya kata jangan nanti saya pengsan
bila nak tumbuk di muka, pun saya kata jangan
bila awak panggil saya datang, sebab saya memang suka nak datang
bila nak lari, saya temankan
pendek kata, apa saja yang nak
saya cuba dapatkan
sebab saya nak cuba jadi yang terbaik
sebagaimana yang awak nak
jadi adakah saya
Seorang yang Penyayang?

Rabu, 19 Januari 2011

jalan yang perit











hari itu memang menyesakkan
bagai dihempap batu
rasa terhimpit dan tersepit
antara sakit dan pedih
perit dan sedih..
semua yang dirasa
hanya aku saja dapat rasa
tiada siapa tahu kecuali Dia
dan tak perlu tahu sesiapa pun jua
kerana itu lebih baik untuk semua
antara bahagia dan derita
bahagia untuknya derita untuk siapa
aku terpaksa ikut jalan derita
walau hati tak pernah rela
lepas tanpa dilepaskan..
tanpa sedar, aku semakin parah
luka tanpa darah
tangis tanpa airmata..