Iklan

Jumaat, 29 April 2011

Riuh dan sunyi

Pandang tanpa melihat
membiar laku tanpa nasihat
bila si tupai mula memanjat
sekampung bising mencaci mengumpat
satu telunjuk ke arah sana
empat lagi ke arah kita
Dengar biarlah mendengar
bukan tuli di cuping dibiar
jangan bercakap tapi biarlah berbicara
kerana lembu dipegang pada talinya
asyik bertanam tebu dibibir saja
riang gembira diulit ringgit
akhirnya si kacang lupakan kulit
jadilah padi tunduk bila berisi
jangan asyik berhidung tinggi
kerana setiap hari kita diuji...

Khamis, 28 April 2011

Akal Sejagat

Bumi bergegar
Ranap pembangunan
Musnah kehebatan
Sejagat  meratapi
Semua kesengsaraan
Segala musibah
Sejagat mula membangunkan
Bagaimana untuk elak sedemikian
Ombak beralun
Pesisir menyurut
Bila kembali bertaut
Ombak mula bergulung
Melambung megah tinggi melangit
Menghempas kuat
Menempuh rakus dan ganas
Merempuh yang menghalang
Hanyut segala kebijaksanaan
Hangus semua angan
Sejagat masih meratap
Hiba dengan kehilangan
Pilu dengan kepiluan
Sejagat terus membangunkan
Bagaimana untuk elak sedemikian
Bencana dikaji kejadian alam
Segelintir mempersoalkan
Apakah ia satu pesanan
Peringatan
Musnah disebabkan oleh tangan-tangan
Mungkinkah sedar akal
Atau ego sejagat semakin menegak
Menjulang bijak
Lupa tentang 
Yang Maha Bijak...