Iklan

Selasa, 28 Disember 2010

Hujan













Mendung petang
Mungkinkah akan hujan
Hujan yang membawa
berjuta impian
berjuta harapan
berjuta kesedihan
berjuta kenangan
Hujan
mengapa engkau datang
pada waktu yang tak di undang?
mungkin kerana ada insan
yang begitu mengharapkan mu
pada saat rahmat itu
datang bersama titisan
yang memilukan
melemahkan
melonglaikan
segala sendi kerana kedinginan
air dari mu
masih ada insan yang begitu
mengharapkan agar kau tak kelihatan
kerana baginya hujan itu adalah kesedihan
dia harus sedar akan
kepentinganmu hujan
walaupun dingin
walaupun kuyup
mahupun kilat dan guruh
akan kadang kala hadir
ia tetap diperlukan
untuk membawa kesegaran dan kesuburan
di bumi yang penuh ranjau..


0 ulasan:

Catat Ulasan