Iklan

Sabtu, 17 Julai 2010

Kejoraku Bersatu

Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi - mimpi ku
Disini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi

Engkau hadir dengan begitu indah, menerangi hidupku, membawa segala kebahagiaan dan keceriaan. dan aku tahu ia bukanlah hanya khayalan yang bermain diminda. kau adalah kenyataan dan hidupku. telah ku ciptakan kasih dan sayang kepada mu, rasa cinta dan kasih yang sangat mendalam. hidupku kini terasa ceria dan aku sangat gembira dengan kehadiran mu disisi.

Kamar hatiku dihiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya kerana mu
Oh, yang lemah jadi gagah
Biar buruk jadi indah
Kerana sentuhan cinta mu

Diriku kini telah berubah sama sekali, aku bukanlah insan yang seperti dulu. kini aku sentiasa kelihatan terurus rapi, semuanya disebabkan dirimu. aku semakin kuat dalam menempuh hari-hari indah bersama mu, biar apa pun jua halangan tisak akan aku hirau. aku juga tidak kisah dengan kata-kata orang lain kerana apa yang penting aku menyintai dirimu sepenuh jiwa.

Ku menyusun langkah bersama mu
Lilin diri tak kan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya

Aku akan menjadi kuat dalam menghadapi rintangan yang bakal ku tempuh. semangat ku jua tak akan pernak luntur selagi kau menjadi idamanku. kau begitu bermakna buat diriku dalam merencanakan hidup kita seterusnya.

Kau lah puteri yang ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Engkau begitu penting dalam urusan hidupku. kau menjadi lambang kebahagiaan dalam perjalanan kisahku. kau terlalu cantik bagiku, tiada yang secantik dirimu dialam fana ini.

Akan ku jaga seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas dari genggamanku

Akan ku pastikan kau sentiasa menjadi milikku, akan ku cintaimu sepenuh jiwa ku. biarlah betapa hebat rintangan yang bakal kita tempuh, biar sesusah mana sekalipun akan ku pastikan kau sentiasa senang, biarlah segala kesusahan itu ku tanggung semua, asalkan kau sentiasa bersamaku.

Biarku lamar sahih dirimu
Menjadi ratu beradu dalam pelukan
Kejoraku bersatu

Akan ku melamarmu untuk menjadi isteri ku. kau akan ku jadikan ratu permaisuri dalam kehidupan kita berdua. yang sentiasa berada dekat denganku. laksana bintang dinihari yang sentiasa terbit diwaktu pagi..

Khamis, 15 Julai 2010

Pelangi Petang - Sudirman

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinaran menerangi
Kegelapan ku...

Si dia mengharungi segala ranjau dan kepayahan serta kesukaran dalam mencari sebuah cinta yang tulus  di dalam hidupnya. dia sentiasa mencuba untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.keinginannya untuk menemui hasrta itu terlalu sukar, namun dia tetap berusaha sedaya upayanya.

Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya

Si dia juga amat berkeyakinan akan tiba satu hari nanti apa yang dicari dan di inginkannya pasti akan muncul dengan harapan amat tinggi untuk dia memilikinya. hanya pada masa yang di pertaruhkan. harapannya itu pasti akan tercapai pada masa itu, saat itu nanti dia lah insan yang paling gembira. manakan tidak, hasrat yang di impikan selama ini tercapai jua nanti.dia hanya mampu bersabar menanti detik itu.

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
hati ini

Kemunculan yang dinanti selama ini kini telah tiba. walaupun tidak seperti yang diharapkan, namun dia cukup gembira kerana sekurang-kurangnya hasrat dia tercapai. dia cukup gembira, tidak menjadi kisah sekiranya kekasihnya itu tidak dapat mencintai nya sepenuh hati. dengan kehadiranya disisi, itu sudah memadai baginya.

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang
Kau kan pasti pergi jua...

Begitulah lumrahnya jika kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati, apa yang kita lakukan bersamanya pasti akan terasa terlalu cepat. itulah jua yang dirasakan oleh si dia didalam lagu ini. setiap detik kekasihnya bersama dengannya dia akan berasa masa itu terlalu pantas berlalu. tidak puas rasa di hatinya ketika bersama kekasihnya itu. Namun begitu dia sedar, walau bagaimanapun dia mencintai; jika hanya dari sebelah pihak ia tidak akan berjaya, dia juga sedar akan pada suatu masa nanti mereka tidak akan bersama lagi. ketika itu, dia akan melepaskan kekasih hatinya dengan rasa yang sangat hiba.merana. berat mata yang memandang akan kisahnya itu berat lagi dia yang merasainya...

Selasa, 13 Julai 2010

menung dan renung










haha..nmpk nya ari ni aku x sempat nk menyelongkar kisah disebalik lagu..tapi aku nk berpuisi ckit..x pandai pun cuma nk memandai je....tajuknya menung dan renung....

Apa yang dimenung
Asyik masyuk merenung di jendela
Apakah akan muncul perkara yang direnung?
Atau hanya menung kosong tanpa makna?

Apa yang direnung dipinggir jendela
Asyik termenung tanpa kata
Apakah akan reda semua perkara?
Atau hanya akan menambah kusut kepala?

Lumrahnya begitu kusut kepala
Kerana kita sememangnya manusia
Dianugerahkan akal dan bicara
Menyingkap perkara lalu melupakan nestapa

Bijaklah kita laksana manusia
Berpijaklah dibumi yang nyata
Selalunya kita berbuat nista
Dalam urusan mengurus dunia

Seru kepada umat manusia
Jangan sekali lupa asalnya kita
Asalnya tanah kembalinya ke tanah lah jua
Siapa tak terduga akan kunjungannya

Beringatlah kita sebelum terlupa
Merana diri itu lah akibatnya
Ingatlah kita bahawasanya
Yang Maha Esa tidak pernah tidur lena....

Isnin, 12 Julai 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir

Tak perlu ucap sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Kadang kala tidak perlu kita nak ucap walau sepatah pun perkataan tentang sesuatu perkara. sebab kadang-kadang apa yang kita rasa itu ianya berjaya di expresikan oleh muka tanpa kita sedari. ini yang dirasakan oleh individu di dalam lagu ni. dia dapat melihat akan perjalanan perhubungannya yang tidak akan pergi jauh kerana sudah tiada keserasian diantara mereka berdua.

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan kita
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Dia sudah berputus asa. baginya, tiada guna mereka cuba untuk memperbaiki semua kesilapan dalam perhubungan mereka kerana semua itu akhirnya akan berkesudahan dengan perbalahan. perkara seperti ini terjadi kerana antara mereka sudah tiada rasa sayang menyayangi.

Embun pun tak kan mampu
Menyubur sekuntum bunga yang layu
Pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Sudah tiada apa lagi yang mampu mereka lakukan kerana rasa cinta dan sayang itu sudah pudar di hati masing-masing, walaupun dahulunya ia sentiasa berbunga mekar di lubuk hati. akan tetapi begitulah resamnya perjalanan kehidupan yang penuh dengan misteri dan ujian serta kejutan. kita tidak pasti apa akan terjadi satu saat kehadapan. apabila sampai masanya, kadang-kadang perkara yang kita anggap terbaik untuk kita akan hilang, mungkin di sebabkan ia bukanlah yang terbaik untuk kita di masa hadapan.

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Sebegitulah yang dialami oleh individu ini, cinta mereka kini sudah pudar, tiada lagi keserasian untuk mereka bersama dalam apa jua situasi. persoalan mula timbul, apakah ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua. mungkinkah akan muncul kebahagiaan yang dicari di dalam perpisahan ini? apakah ini suratan yang telah di tentukan, apa yang pasti ianya mempunyai hikmah yang tersendiri dan tersembunyi. hanya masa yang akan menentukan semuanya.

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Tiada guna ditangisi lagi, apa yang terjadi tetap akan terjadi. dia sememangnya sudah menduga bahawa semua ini bisa akan terjadi, sudah terlalu lama dia pendamkan semuanya, segala percaturan dalam hubungan mereka; dan jawapan dari persoalannya merujuk kepada satu. perpisahan. dia masih lagi cuba menafikan akan realiti kehadiran perpisahan ini. akan terus berdiam diri menafikan. dan akhirnya tiada apa yang dapat di katakan kecuali luahan perpisahan.

Ahad, 11 Julai 2010

Suci Dalam Debu

Engkau bagai air yang jernih
Didalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Aku menggambarkan bahawa penulis cukup menyanjungi kekasihnya dan mengetahui bahawa kekasihnya itu cukup baik. Oleh kerana kekasihnya itu berstatuskan janda (atau apa saja) maka dia terpaksa hidup didalam situasi yang bagi sesetengah masyarakat menganggap status itu selalunya bersifat jahat, akan menggoda suami2 mereka. dan disebabkan itu juga segala kebaikan yang dibuat olehnya akan dipandang sepi oleh masyarakat. begitulah selalunya masyarakat kita yang mempunyai persepsi stereotype.

Cinta bukan hanya dimata
Cinta hadir didalam jiwa
Biarlah salah dimata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Cintanya penulis terhadap kekasihnya bukanlah setakat dimata atau hanya diucap akan tetapi dia begitu mencintai kekasihnya sepenuh jiwa. penulis juga tidak kisah jika masyarakat memandang serong akan hubungan mereka berdua, biarlah apa masyarakat nak kata, biarlah masyarakat melihat dari pandangan mereka sendiri. dia tidak kisah.

Ku harapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Dia memang mengharapkan kekasih hatinya itu dapat menerima sebagaimana dia. jangan di ambil pusing akan kata dan pandangan masyarakat, biarlah masyarakat memandang hina pada mereka; kerana pada pandangan penulis yang tahu akan hal yang sebenarnya adalah mereka berdua. masyarakat tidak sama sekali merasai apa yang mereka rasa.

Suatu hari nanti
Pasti kan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Dia cukup yakin yang satu hari nanti kebenaran pasti akan muncul. saat itu nanti dia mengharapkan kekasihnya akan menuju ke arah impian mereka berdua. kerana dia amat yakin yang kebenaran akhirnya pasti akan menang.

Disitu kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bila mana sampai saatnya kebenaran itu muncul, hakikat akan tetap menjadi hakikat, yang benar tetap akan benar. masa itu masyarakat akan menyanjung kebenaran itu. segala tomahan dan pandangan serong akan berubah sama sekali. begitulah tren masyarakat kita di Malaysia ini.

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan ku renang jua

Dia meyakinkan kekasihnya bahawa apa yang dia katakan bukanlah omongan kosong. tapi itu keyakinannya terhadap cintanya pada kekasihnya itu. apa jua rintangan, sebesar mana pun halangan dia pasti akan tempuh demi untuk merealisasikan hasratnya untuk bersama.hingga ke akhir hayat mereka.....