Engkau bagai air yang jernih
Didalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua
Aku menggambarkan bahawa penulis cukup menyanjungi kekasihnya dan mengetahui bahawa kekasihnya itu cukup baik. Oleh kerana kekasihnya itu berstatuskan janda (atau apa saja) maka dia terpaksa hidup didalam situasi yang bagi sesetengah masyarakat menganggap status itu selalunya bersifat jahat, akan menggoda suami2 mereka. dan disebabkan itu juga segala kebaikan yang dibuat olehnya akan dipandang sepi oleh masyarakat. begitulah selalunya masyarakat kita yang mempunyai persepsi stereotype.
Cinta bukan hanya dimata
Cinta hadir didalam jiwa
Biarlah salah dimata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita
Cintanya penulis terhadap kekasihnya bukanlah setakat dimata atau hanya diucap akan tetapi dia begitu mencintai kekasihnya sepenuh jiwa. penulis juga tidak kisah jika masyarakat memandang serong akan hubungan mereka berdua, biarlah apa masyarakat nak kata, biarlah masyarakat melihat dari pandangan mereka sendiri. dia tidak kisah.
Ku harapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa
Dia memang mengharapkan kekasih hatinya itu dapat menerima sebagaimana dia. jangan di ambil pusing akan kata dan pandangan masyarakat, biarlah masyarakat memandang hina pada mereka; kerana pada pandangan penulis yang tahu akan hal yang sebenarnya adalah mereka berdua. masyarakat tidak sama sekali merasai apa yang mereka rasa.
Suatu hari nanti
Pasti kan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Dia cukup yakin yang satu hari nanti kebenaran pasti akan muncul. saat itu nanti dia mengharapkan kekasihnya akan menuju ke arah impian mereka berdua. kerana dia amat yakin yang kebenaran akhirnya pasti akan menang.
Disitu kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Bila mana sampai saatnya kebenaran itu muncul, hakikat akan tetap menjadi hakikat, yang benar tetap akan benar. masa itu masyarakat akan menyanjung kebenaran itu. segala tomahan dan pandangan serong akan berubah sama sekali. begitulah tren masyarakat kita di Malaysia ini.
Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan ku renang jua
Dia meyakinkan kekasihnya bahawa apa yang dia katakan bukanlah omongan kosong. tapi itu keyakinannya terhadap cintanya pada kekasihnya itu. apa jua rintangan, sebesar mana pun halangan dia pasti akan tempuh demi untuk merealisasikan hasratnya untuk bersama.hingga ke akhir hayat mereka.....
0 ulasan:
Catat Ulasan