Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinaran menerangi
Kegelapan ku...
Si dia mengharungi segala ranjau dan kepayahan serta kesukaran dalam mencari sebuah cinta yang tulus di dalam hidupnya. dia sentiasa mencuba untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.keinginannya untuk menemui hasrta itu terlalu sukar, namun dia tetap berusaha sedaya upayanya.
Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Si dia juga amat berkeyakinan akan tiba satu hari nanti apa yang dicari dan di inginkannya pasti akan muncul dengan harapan amat tinggi untuk dia memilikinya. hanya pada masa yang di pertaruhkan. harapannya itu pasti akan tercapai pada masa itu, saat itu nanti dia lah insan yang paling gembira. manakan tidak, hasrat yang di impikan selama ini tercapai jua nanti.dia hanya mampu bersabar menanti detik itu.
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
hati ini
Kemunculan yang dinanti selama ini kini telah tiba. walaupun tidak seperti yang diharapkan, namun dia cukup gembira kerana sekurang-kurangnya hasrat dia tercapai. dia cukup gembira, tidak menjadi kisah sekiranya kekasihnya itu tidak dapat mencintai nya sepenuh hati. dengan kehadiranya disisi, itu sudah memadai baginya.
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang
Kau kan pasti pergi jua...
Begitulah lumrahnya jika kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati, apa yang kita lakukan bersamanya pasti akan terasa terlalu cepat. itulah jua yang dirasakan oleh si dia didalam lagu ini. setiap detik kekasihnya bersama dengannya dia akan berasa masa itu terlalu pantas berlalu. tidak puas rasa di hatinya ketika bersama kekasihnya itu. Namun begitu dia sedar, walau bagaimanapun dia mencintai; jika hanya dari sebelah pihak ia tidak akan berjaya, dia juga sedar akan pada suatu masa nanti mereka tidak akan bersama lagi. ketika itu, dia akan melepaskan kekasih hatinya dengan rasa yang sangat hiba.merana. berat mata yang memandang akan kisahnya itu berat lagi dia yang merasainya...
0 ulasan:
Catat Ulasan