Tak perlu ucap sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Kadang kala tidak perlu kita nak ucap walau sepatah pun perkataan tentang sesuatu perkara. sebab kadang-kadang apa yang kita rasa itu ianya berjaya di expresikan oleh muka tanpa kita sedari. ini yang dirasakan oleh individu di dalam lagu ni. dia dapat melihat akan perjalanan perhubungannya yang tidak akan pergi jauh kerana sudah tiada keserasian diantara mereka berdua.
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan kita
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
Dia sudah berputus asa. baginya, tiada guna mereka cuba untuk memperbaiki semua kesilapan dalam perhubungan mereka kerana semua itu akhirnya akan berkesudahan dengan perbalahan. perkara seperti ini terjadi kerana antara mereka sudah tiada rasa sayang menyayangi.
Embun pun tak kan mampu
Menyubur sekuntum bunga yang layu
Pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Sudah tiada apa lagi yang mampu mereka lakukan kerana rasa cinta dan sayang itu sudah pudar di hati masing-masing, walaupun dahulunya ia sentiasa berbunga mekar di lubuk hati. akan tetapi begitulah resamnya perjalanan kehidupan yang penuh dengan misteri dan ujian serta kejutan. kita tidak pasti apa akan terjadi satu saat kehadapan. apabila sampai masanya, kadang-kadang perkara yang kita anggap terbaik untuk kita akan hilang, mungkin di sebabkan ia bukanlah yang terbaik untuk kita di masa hadapan.
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Sebegitulah yang dialami oleh individu ini, cinta mereka kini sudah pudar, tiada lagi keserasian untuk mereka bersama dalam apa jua situasi. persoalan mula timbul, apakah ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua. mungkinkah akan muncul kebahagiaan yang dicari di dalam perpisahan ini? apakah ini suratan yang telah di tentukan, apa yang pasti ianya mempunyai hikmah yang tersendiri dan tersembunyi. hanya masa yang akan menentukan semuanya.
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Tiada guna ditangisi lagi, apa yang terjadi tetap akan terjadi. dia sememangnya sudah menduga bahawa semua ini bisa akan terjadi, sudah terlalu lama dia pendamkan semuanya, segala percaturan dalam hubungan mereka; dan jawapan dari persoalannya merujuk kepada satu. perpisahan. dia masih lagi cuba menafikan akan realiti kehadiran perpisahan ini. akan terus berdiam diri menafikan. dan akhirnya tiada apa yang dapat di katakan kecuali luahan perpisahan.